Dalam sebuah riwayat menyatakan
bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, saat dia
berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil
menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun
berkata, "Wahai anak kecil kenapa
kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu,
"Wahai paman saya telah membaca ayat
al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina
aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang
beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya
takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu,
"Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya
kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka." Berkata
anak kecil itu, "Wahai paman, paman
adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api
maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu
yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya
yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata
orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh
anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka
bagaimanakah keadaan kami nanti?"
No comments:
Post a Comment